Selasa, 10 November 2015

Bedah Kitab : Rahsia-rahsia Besar Disebalik Sirah Rasulullah SAW




Assalamualaikum wbt semua

Dah lama sangat tak update blog.

Kali ni nak kongsi sedikit daripada hasil menelaah buku ‘’ Rahsia-rahsia Besar Disebalik Sirah Rasulullah SAW’’ karangan Saari Sungib dan terbitan Kemilau Publika.

Satu bab je yang aku sempat baca. Kire ni perkongsian yang aku dapat.



Peribadi Pendakwah yang Bersih daripada Sebarang Syubhah

Pertama, Wala’.

Maknanya hati pendakwah ni dia bulat kepada Islam. Dia terima Islam tu secara keseluruhan, bukan separuh-separuh. Malah setianya mereka ni pada Islam memang tidak diragui. Sebagai bukti mereka setia pada Islam,

-      Mereka langsung tidak menyokong mana-mana jahiliyah dan sistemnya.
-      Mereka tidak menyokong mana-mana pemimpian jahiliyah yang wujud dalam masyarakat.

Kedua, Tajarrud.

Seorang pendakwah yang berpegang teguh dengan ajaran Islam yang disampaikan oleh Rasulullah SAW dan tidak bertolak ansur dengan dasar-dasar dan nilai-nilai jahiliyah. Maknanya mereka ni berlepas diri daripada sebarang amalan jahiliyah.

Ketiga, Istiqomah.

Seorang pendakwah yang konsisten berada di jalan dakwah. Dengan sifat istiqomah ini membuktikan mereka ini ialah

-      Yakin dengan perjuangan Islam yang padu.
-      Sanggup menghadapi pelbagai rintangan semata-mata ingin menegakkan kalimah syahadah.
-      Tidak tunduk kepada mana-mana desakan jahiliyah sekali gus menolak sangkaan orang-orang jahiliyah mereka akan kembali ke zaman jahiliyah.

Hasil dari sifat istiqomah ini, musuh-musuh Islam sukar untuk menggugat para pendakwah ini dari landasan tauhid dan jalan lurus menuju kepada ALLAH SWT.



Muhasabah Diri

Bagi menjadi seorang pendakwah, ketiga-tiga ciri ni mesti ada dalam diri kita.

Terima Islam sepenuhnya.

Berpegang teguh dengan ajaran Islam, tolak dasar-dasar jahiliyah.

Istiqomah.

Tiga perkara ni mesti ade.

Bayangkan kalau seorang pendakwah tu,
-      Die nak seru mad’u untuk buat baik,
-      Die nak panggil orang-orang disekelilingnya untuk menuju kebaikan.
-      Die nak suruh orang buat kebaikan.

Tapi dalam diri dia, dia masih melakukan perbuatan yang melanggar perintah ALLAH, masih lagi buat perkara-perkara jahiliyah, dan kadang-kadang tak konsisten buat perintah ALLAH malah, sempat lagi berkompromi dengan nafsu untuk buat perkara-perkara2 jahiliyah.
Semua yang disebut kat atas ni mengundang satu bende je iaitu,

DOSA.

Dosa ni kalau dibiarkan lama-lama, ia akan
-      Mengaratkan jiwa
-      Hati jadi ‘hitam’
-      Hati jadi kebal.

Bila hati dah jadi macam tu, ia akan membuatkan hati tu susah nak terima,
-      Ilmu,
-      Hidayah,
-      Nasihat,
-      Teguran,
-      Peringatan,
-      Dan sebagainya.

Perkara2 yang disebutkan kat atas ni berupa ‘nur’, cahaya. Nur ini takkan masuk ke dalam hati yang kotor dan hati yang kotor mana mungkin dapat menyentuh hati yang lain untuk bersama-sama menuju ke arah kebaikan. Melainkan hati itu bersih.

Hanya hati yang bersih sahaja yang dapat menyentuh hati-hati lain untuk buat kebaikan, menuju kebaikan, menuju ke jalan yang diredhai ALLAH.

Jadi macam mana nak bersihkan hati?

Ada lima cara nak bersihkan hati.

Pertama, baca Al-Quran dan maksudnya.

Setiap pagi sebelum mata kita Nampak bende lain, hadapkan mata kite ni untuk baca Al-Quran. Baca sekali dengan maksud dia. Baca dan hadam. Fahami maksud yang cuba disampaikan oleh ALLAH. Kemudian, praktikkan dalam kehidupan seharian. Baru betul Al-Quran itu sebagai petunjuk kepada manusia.
Baca, faham dan amalkan.

Kedua, dirikan solat malam.

Solat malam ni sebagai manifestasi iman kita kepada ALLAH. Kita dekatkan diri kepada ALLAH. Mengadulah padaNya untuk berishkan hati kita supaya kita dapat sentuh hati-hati lain. Hati ni ALLAH yang pegang. Maka pada Allah lah kita pinta hati-hati ini diikat pada jalan Allah.

Ketiga, berkumpul dengan orang-orang soleh.

Bagi aku, untuk berkumpul dengan orang-orang soleh ni senang je. Join usrah. Join tarbiyah. In shaa Allah, memng senang nak jumpa dengan orang soleh. Cume kite je yang takut-takut, ragu-ragu nak ikut diaorang sebab fikir apa perspektif orang pada kita. Padahal mereka ni bersungguh-sungguh nak kita ikut diaorang dan berubah!

Keempat, perbanyaklah puasa.

Kenapa puasa? Sebab puasa ni membantu kita dari buat perkara-perkara yang dilarang oleh ALLAH termasuklah perkara-perkara jahiliyah seperti zina, maksiat, perkara-perkara lagha, dan macam-macam lagi. Masa nilah kita nak bersihkan diri kita daripada semua perkara jahiliyah.

Kelima, perbanyakkanlah zikir malam.

Zikir ni membersihkan diri kita daripada dosa-dosa yang kita buat. Maka zikir yang terbaik adalah istighfar. Minta ampun pada ALLAH. Disebabkan dosa-dosalah yang menutup hati kita daripada terima perkara-perkara baik daripada ALLAH.

Maka,

Apabila kita dah buat lima perkara ni , in shaa ALLAH, Allah akan mudahkan urusan kita untuk berdakwah pada orang lain. Maka muncullah tiga perkra tadi dalam diri kita. Key dia, tinggalkan dosa-dosa yang kita buat. Minta ampun pada ALLAH setiap masa sebab kite tak sedar kite buat dosa atau tidak.
Pokok pangkalnya,

Hati dan dosa saling berkait rapat.
Jadi, checklah hati setiap hari. Andai hati tidak tersentuh pun bila buat dosa atau bile teguran dan nasihat datang kepada kita. Minta ampun pada Allah setiap masa dengan melazimi diri untuk beristighfar.

In shaa ALLAH,

Hati yang bersih mampu sentuh hati-hati yang lain untuk sedar dari kelalaian yang dibuat. Tapi ingat hati ni ALLAH pegang, jadi minta pada ALLAH hati-hati ini bersatu di jalan dakwah dan tarbiyahNYA.

WALLAHUALAM.

Yang menyampaikan,
Fitrah