Ahad, 31 Julai 2016

Tuhan Tunjukkan Aku Jalan Pulang

Bismillahirrahmanirrahim





Dalam hidup ni, tipulah kalau aku kata budak yang join tarbiyah dan dakwah ni dah tak terikat dengan perkara-perkara jahiliyah. tipulah. sebab kita semua manusia biasa yang membezakan kita ni iman dan taqwa saja.

Tapi tipulah juga kalau tak pernah sedetik pun dalam hati tu untuk berubah. sebab setiap manusia itu dicipta memang fitrahnya sukakan kebaikan. tipulah kalau tak pernah rasa nak kembali pulang pada Allah. hati tu pasti pernah meronta-ronta nak tinggalkan perkara-perkara jahiliyah. tapi selepas tu kita terfikir, nak ke Allah ampunkan dosa-dosa aku yang banyak nie...



tapi siapalah kita nak menafikan sebab kita ni hamba Dia je. tak layak nak mempersoalkan Dia mampu ke tak nak ampunkan dosa-dosa kita nie. Astaghfirullahalazim...

Kerana kita hamba lah, kita kena minta ampun kepada Allah...

Allah tu baik sangat walaupun kita da buat dosa menggunung sekali pun dia tetap ampunkan kita. Walaupun Dia tahu kita akan buat dosa juga lepas tu, Dia still buka pintu taubat untuk kita. Baiknya Allah. Baik sangat.

Kalau kita selalu topup kita punya taubat dan istighfar, in shaa Allah hati ni mudah je tersentuh dengan teguran Allah, tak kisahlah melalui Al-Quran ke, manusia ke, catatan di Facebook ke... malah kita mudah je nak nangis... sebab hati ni jadi sensitif. Sensitive for good.

Cuba check hati kita balik semula. Sensitif tak bila kita baca terjemahan Al-Quran pasal azab neraka, balasan yang menimpa umat2 sebelum ni.. pasal syurga yang indah belaka (ada rasa teruja tak?), pasal ganjaran yang Allah bagi orang-orang yang beriman..

Masha Allah, aku minta ampun Ya Allah andai hati ni da tak sensitif lagi..



Kawan2, cuba berhenti seketika. Sepuluh mnit je. dan fikir semula apa yang telah kita lakukan seharian..

solat subuh pagi tadi pukul berapa ye?
al-maathurat ada baca?
dhuha ada buat?
solat fardhu on time?
hari ni Al-Quran dah baca?
istighfar da berapa kali?
qiam ada buat ke hari nie?

lepas tu cuba istighfar..
dan bygkn sekiranya bila kita da mati nanti, agak2nya dalam kubur y gelap tu siapa yang akan tolong kita?
melainkan amal ibadah kita, doa anak y soleh (itu pun kalau da kawen dan da ada anak), dan ilmu yang bermanfaat.. kat akhirat nanti agak2 kita ditempatkan kat mana? Neraka atau syurga ye? Nak masuk syurga, rasa mcm tak layak... nak masuk neraka pula tak sanggup! Masha Allah...



Ya kawan, kembalilah kepada Allah. Berdoalah banyak2 moga Allah tunjukkan jalan pulang buat kita. Doa sungguh2 tau! Doa lah banyak kali. walaupun kita tahu lepas tu kita akan buat dosa lagi...

''Ya Allah, tunjukkanlah aku jalan pulang. Aku mahu kembali padaMu''.

Tapi lepas tu siap sedialah sebab akan ada ujian yang akan menanti. Kuat tak kuat je kita nak hadapi. Sebab Allah nak uji kita, betul ke, kita ni sungguh2 nak kembali kat Dia? Ke dtg sekejap lepas tu berpaling dari Dia?

In shaa Allah, yakinlah. Ujian selepas nekad untuk kembali pada Allah merupakan tanda Allah sayang kita.



Contoh paling mudah lah..

seorang anak yang ingin kembali pada ibunya setelah bertahun2 meninggalkan dia. adakah si ibu akan menerima shj begitu? tentu tidak. mestilah dia tanya mcm2. dia uji anak dia tu dengan pelbagai ragam dan tingkah dia. sebab si ibu ni nak tengok sejauh mana anak dia tu betul2 nak maaf dr ibunya. tapi hati ibu mana lah yang tak sanggup nak tolak permohonan maaf anak dia.. mestilah dia terima.. (yelah sedangkan nabi pun maafkan umat, inikan pula kita manusia biasa)...

jadi begitulah analoginya...
jadi kawan2.. kembalilah pada ALLAH..


Wallahualam.

Dari katil P5 233,
FITRAH

Sabtu, 30 Julai 2016

Internet Yang Berbahaya

Bismillahirrahmanirrahim



Internet. Aku memang suka melayari internet. Internet lah tempat aku tahu pasal isu-isu semasa dan dunia luar seperti di Syria, Palestin dan sebagainya. Kadang-kadang aku akan buka youtube dan facebook untuk bersosial di laman maya. 






Tapi aku ada sedikit kecewa dengan internet ni. Bukan sedikit. Banyak! Internet ni memang ada baik dan buruknya. Baiknya internet ni dia memudahkan aku nak buat tugasan kuliah, lab report dan lain-lain lah. Buruknya internet ni adalah bila keluar iklan dan bende2 merepek dan lucah (Okay, aku terus terang je kat sini sebb memang itu kenyataannya).


Bengang betol aku. Sebagai contoh, bila aku buka youtube dan aku nak tengok cerita English ke, Malay ke, Indon ke yang sesuai untuk ditonton seisi keluarga atau untuk kanak-kanak pun boleh tengok.. ia akan keluar cerita-cerita yang tak senonoh! Aku rasa memang youtube ni memang dia sengaja paparkan video2 macam tu dan terselit di antara list2 yang ada tu.. haaaa


Bila aku buka laman google dan aku search mp3 yang aku suka untuk didownload. Contohnya aku nak download mp3 ''The Faith Bebaskanku'', hasilnya adalah... begitu banyak iklan2 yang tak senonoh sebelum aku nak pergi laman yang sebenar! Ya Allah, stress aku! Mana2 laman web aku pergi sama je!


Lalu timbullah satu persoalan dalam diriku. Bagaimana kalau adik2 kita yang terbuka laman2 macam ni? dan dia pun tertarik dan tertekan laman2 iklan tak senonoh tu? Masha Allah, bahayanya internet! Jika tidak digunakan dengan berlandaskan iman. 

Astaghfirullahalazim... Moga Allah lindungi kesemua ahli keluarga kita dari perkara2 sedemikian yang mendatangkan dosa... Nauzubillahimizalik...

Baru sekarang aku faham kenapa gejala sosial semakin membarah dalam masyarakat. Dan aku juga terfikir betapa susahnya lah zaman sekarang umat Islam untuk jaga dan tundukkan pandagan. Hebatnya dugaan. Kalau tak kuat iman di dada, maka hanyutlah kita dalam lautan nafsu yang buas.


Korang yang membaca entri ni cepat2lah sedar dan bertaubat sekiranya ''terbuat'' dan mana yang mengelak dari perkara2 sebegini, GOOD ! sekarang tugasan kita adalah sedarkanlah ahli keluarga kita dan jaga mereka terutama adik2 kita yang kat rumah tu. Lagi2 yang masih kecil tu.

Sekarang ni aku tengok parents selamba badak je bagi anak2 main phone la, tab la, dan sebagainya. Memanglah untuk main game sahaja, tapi bagi aku itu dah kira bagi diaorang peluang untuk ''teroka'' laman2 yang boleh jadi baik atau bahaya buat diaorang. Mak ayah pun main peranan yang sangat penting juga.



Ternyata jadi mak ayah ni lagi susah dari mentadbir organisasi. Banyak bende kene cater. Okay takpe, itu cerita kemudian. Aku pun terfikir juga, Kalau dari muda ni kita tak latih diri kita untuk ikut perintah Allah dan jauhi laranganNya, maka tak mustahillah kalau perkara2 sedemikian akan reflect pada anak2 kita. Tak mustahil perkara macam ni terjadi.

Jadi sementara masih muda remaja dan belia ni bawa2lah sedar dan berhenti dari segala perkara kemungkaran serta kembalilah kepada Islam, Kembalilah kepada Al-Quran dan Sunnah. Kembalilah kepada Allah.



Hahaha panjang pula entri kali ni. Pada asalnya nak cerita pasal bahaya internet. Tapi memang betul pun. Setiap perkara yang kita buat pun akan kembali pada Allah. Wallahualam.


Dari tilam P5 143,
FITRAH

Jumaat, 29 Julai 2016

Kenangan Semasa Kecil

Bismillahirrahmanirrahim...

Budak ni bukan aku kay. Cume aku ambil sebab aku teringat dulu masa kecik aku pernah ade basikal comel mcm tu, buka basikal biasa2 kay, made by my beloved father.


Sejak akhir-akhir ni aku asyik terkenang je perkara2 yang dah berlalu. Mungkin sebab aku rindu kot. Mungkin. Ada sekali tu aku tengah baca Al-Maathurat. But then tetiba aku teringat kenangan masa kecil aku mengaji dengan mak aku. Waktu tu punyalah bersungguh-sungguh aku mengaji dengan adik aku. Kuat dan bersemangat. Tapi sekarang aku hilang semangat tu. Aku hilang rasa seronoknya mengaji dengan mak aku. Yelah duduk jauhkan.. Balik rumah pun, mak aku pun sibuk dengan business dia.


Itu sekali. Tengahari tadi aku makan sensorang kat pondok comel kat sebelah surau fakulti sambil2 tu ambil angin petang sekejap. Entah kenapa tiba-tiba teringat masa kecik dulu kalau makan satu family ramai-ramai rasa seronok sangat. Tapi waktu makan satu famili ni bergantung pada mood ayah aku juga. Sebab ayah aku ni garang sangat bila time makan. Hahaha. Banyak betul rule dia..

Dulu masa kecik kiteorang satu family makan duduk bersila kat lantai. Mana ada meja makan ni semua.

Kalau makan jangan berbunyi. Uish satu kepantangan ayah aku bila dengar kitaorang adik beradik ni berbunyi makan. Siaplah kau lepas tu dapat penampo. Tak penampo kena cubit. Hahaha Mengusik jiwa betul kenangan ni... 

Ya Allah rindu nak makan macam tu hanya Allah je tau dalam hati ni. Orang lain mungkin biasa je bagi dia.Tapi bagi aku perkara mcm ni takkan berulang kembali buat selamanya. 

Wait. aku bukan nak cerita sedih pun kat sini. hahah

Aku tak tahu lah sebab apa aku teringat balik nostalgia waktu kecil ni. Yelah kot. Mungkin sebab aku rindu. 

Ya. Memang aku rindu diaorang. Aku rindu dengan famili aku. Rindu dengan masa kecik aku. Sekarang semuanya dah besar. Dah ada keluarga sendiri. Ada yang on the way nak bina baitulmuslim. Haa aku je entah bila lagi.. Tapi tak nak ah kawen sekarang. Aku nak kerja. Aku nak sara mak dan adik2 aku. So ibu tak yah lah kerja lagi. Rehat kay. Biar kakak yang kerja ye.

In shaa Allah lagi setahun je nak habis. Lepas habis boleh cari kerja cepat2 dan bolehlah hantar duit kat kampung setiap bulan. In shaa Allah niat yang baik Allah akan mudahkan...


Dari lantai P5 143,
FITRAH

Rabu, 27 Julai 2016

Review Filem : Bulan Terbelah Di Langit Amerika

Bismillahirrahmanirrahim...





Dua hari yang lepas aku tonton filem ''Bulan Terbelah di Langit Amerika'' di mana ia sebuah filem dari negara seberang, Indonesia yang dibintangi oleh Acha Septriasa dan Nino Fernandez sebagai watak utama serta beberapa watak sampingan yang sangat membantu menghidupkan cerita Islamik ini.

Kalau dalam filem sambungan sebelum ini, Acha tidak memakai tudung tapi dalam filem kali ini dia mula memakainya. Setiap pelakon yang memainkan watak muslim pada awalnya memakai tudung cuma pada pertengahan cerita watak muslim sampingan mula tidak memakai tudung bagi menunjukkan konflik sebenar yang berlaku dalam filem ini.

Boleh kukatakan setiap babak dalam filem ini memang menyampaikan mesej yang tersirat lagi berselirat. Antara babak filem yang menarik perhatian aku adalah sewaktu permulaan filem ini di mana Acha Septriasa atau Hanum Rais sedang menerima tugasan daripada ketuanya di pejabat. sewaktu menerima tugasan untuk menulis artikel yang bertajuk ''Adakah dunia lebih baik tanpa Islam?'', dia kelihatan tenang dan sabar saja apabila mendengar arahan daripada ketuanya. kalau aku memang dah melenting dah,tapi sebaliknya dia bersikap profesional malah bertanya lebih lanjut lagi tentang tugasannya. dari sini aku dapat iktibar bahawa seorang muslim itu harus bersabar dan bersikap profesional bila dalam urusan pekerjaan, tidak harus terbawa-bawa dengan emosi dan cuba membuktikan dengan tingkah laku yakni qudwah hasanah kepada orang-orang bukan Islam. Malah Hanum selepas bertemu dengan bosnya dia lebih bersemangat untuk membuktikan bahawa dunia ini lebih baik jika Islam hadir dalam hidup manusia.





babak yang seterusnya adalah sewaktu Hanum dan Rangga tiba di monumen peringatan sempena peristiwa korban 9/11 di mana terdapat seorang wanita Inggeris yang dari jauh menyatakan kepada Hanum bahawa dia itu terroris dengan riak muka yang sungguh marah kepadanya. Hanum hanya melarikan pandangannya dan mengajak suaminya,Rangga untuk beredar dengan segera. Rangga yang mengerti ajakan isterinya turut bersetuju untuk beredar dari situ. Dari babak ini ternyata muslim pada ketika itu di New York sangat dibenci oleh masyarakat yang majoritinya bukan Islam setelah peristiwa 9/11 itu berlaku. Melalui tindakan kedua-dua watak tersebut, muslim disana lebih bersikap sabar dan mengelak untuk berlaku sebarang pertelingkahan apatah lagi jika muslim itu seorang wanita yang berjilbab.






seterusnya, babak konflik antara Hanum dan Rangga yang terikat dengan tugasan yang diberikan oleh ketua masing-masing. Mereka benar-benar serius menjalankan tugasan atas sebab yang satu iaitu ingin mencari kebenaran bahawa dunia itu lebih baik dengan kehadiran Islam dalam hidup manusia dan menegakkan Islam di muka bumi Amerika. Aku dapat menggambarkan kehidupa sepasang suami isteri yang hidupnya berlandaskan dakwah dan tarbiyah. tiada tujuan lain yang mereka tuju selain tujuan untuk menegakkan dan menyebarkan dakwah dan tarbiyah di muka bumi Allah ini. Meskipun kadang-kadang mereka ''terbelah'' dan berlaku sedikit ketegangan namun selepas itu, mereka berdua saling bermaafan dan memaafkan malah saling berjanji untuk mengelakkan kejadian yang sama berlaku. Aku fikir inilah yang terjadi sebenarnya dalam alam rumah tangga bagi seorang ikhwah dan akhawat. 



babak seterusnya yang menarik perhatian aku adalah babak di mana seorang biarawati menolong Hanum ketika dia terjatuh di kaki lima di sebuah bangunan. Malah biarawati tersebut turut menawarkan dirinya untuk berjalan bersama-sama Hanum hingga tiba di destinasi yang seterusnya. sewaktu dalam perjalanan itu,mereka berdua diganggu oleh sekumpulan pelajar nakal yang mengusik-usik mereka berdua malah Hanum sempat disindir oleh mereka bahawa Hanum itu memakai pakaian yang jelik di kepala dan dituduh membawa bom bersama-samanya. Lalu biarawati itu mengusir pelajar-pelajar tersebut dan mengancam untuk memukul mereka dengan payung yang dibawanya. Dari babak ini aku memahami bahawa tidak semua yang bukan Islam di bumi Amerika itu membencikan Islam atau mendiskriminasikan orang Islam malah mereka saling bantu-membantu dan menjaga antara satu sama lain. Seharusnya orang yang faham agama harus bertindak sebegitu. Maka timbullah satu persoalan dalam diriku,habis tu orang bukan Islam yang sangat anti dengan Islam ni dia orang agama apa? Kristian? Hindu? atau Ateis? atau bukanlah seorang penganut agama yang baik?



Aghhh terlalu banyak mesej yang tersirat yang cuba disampaikan oleh sutradara RizalMantrovani ini. tak dapat nak rungkaikan kat sini. aku rasa setiap babak berjaya diolah dengan baik dari cerita sebenar yang dialami sendiri oleh Rangga Almahendra dan Hanum Rais di alam nyata.

Lepas ni tak sabar nak tunggu filem yang seterusnya. Hahaha

Semoga bertemu lagi selepas ini. 
Wassalam.


Dari meja tulis P5 233,
FITRAH