Ahad, 2 Mac 2025

Diet Cara Saya

Diet diamalkan bukan sahaja untuk menurunkan berat badan tetapi untuk menjaga kesihatan juga. Salah satu cara popular untuk menurunkan berat badan adalah mengurangkan pengambilan kalori. 


Pertama sekali kita harus mengira berapa jumlah kalori yang perlu kita ambil setiap hari dengan menggunakan aplikasi yang boleh kita muat turun di Google Play seperti Myfitnesspal. Melalui aplikasi ini kita dapat mengetahui jumlah kalori yang perlu diambil setelah menjawab beberapa persoalan yang diajukan seperti berat badan terkini, tinggi, kegiatan seharian dan lain-lain lagi. Sebagai contoh, berat badan saya yang terkini adalah 80kg, tinggi saya adalah 160cm dan saya sangat aktif setiap hari baik di tempat kerja mahupun di rumah serta saya mahu menurunkan berat badan sebanyak 10kg dalam tempoh 6 bulan maka aplikasi Myfitnesspal mencadangkan saya untuk mengambil kalori sebanyak 1590 kcal setiap hari. Mudah bukan? Hanya perlu masukkan butiran diri dan aplikasi yang tolong kirakan. Boleh sahaja gunakan formula tetapi cara begini lagi pantas.


Kedua, kita mesti mengurangkan pengambilan makanan yang berunsurkan gula pasir, tepung, dan karbohidrat yang tinggi seperti kuih-muih, nasi, cekodok, lempeng dan minuman yang manis. Sepanjang tempoh saya menurunkan berat badan saya langsung tidak menggunakan gula pasir dalam masakan saya sebaliknya saya menggunakan pemanis seperti stevia. Nasi hanya sesenduk sahaja atau anggaran dalam 100g. Saya lebihkan pengambilan protein seperti dada ayam, tempe, tauhu dan lain-lain termasuklah sayur-sayuran. Selalunya timun menjadi sumber utama fiber dalam diet saya seharian. Tidak dilupakan juga buah-buahan dan buah epal selalu menjadi buah yang saya makan setiap hari sebab harganya yang murah. Almaklumlah, diet pun perlukan duit juga jadi kenalah berjimat cermat. Lagi-lagi gaji kecil macam saya.


Ketiga, banyakkan bergerak. Setiap hari saya akan pastikan saya akan banyak bergerak dan paling minimum berjalan 6,000 langkah setiap hari. Saya pastikan seminggu sekali saya melakukan senaman regangan dan berjalan kaki selama 1 jam. Diet tanpa senaman akan susah untuk membuahkan hasil kerana senaman dapat membakar lebih banyak kalori berbanding hanya bergantung pada kawalan pengambilan kalori semata-mata. 


Akhir kata, diet perlu disertakan sekali dengan senaman dan barulah berat badan akan cepat menurun dengan sihat. Penurunan berat badan yang sihat adalah sekitar 500g hingga 1kg seminggu. Paling penting sekali kita kena ada disiplin dan keazaman yang kuat serta tidak berputus asa jika perubahan berat badan itu perlahan atau hampir tiada. Bak kata orang putih, slowly but surely.


Sabtu, 19 Oktober 2024

Bila Tiba Hari Sabtu...

Aku ni malas betullah nak kerja hari sabtu. Company aku ni hari sabtu kerja setengah hari. Walaupun setengah hari je kerja tapi bila balik rumah rasa macam hari sabtu tu da berlalu pergi dengan cepat sekali. Huh!


Macam staff eksekutif yang lain diaorang gilir2 ambik cuti hari sabtu. Contohnya kalau minggu ni Madam A cuti hari sabtu, maka Madam B kerja. Lepas tu, minggu depan Madam A kerja, Madam B cuti hari sabtu. Haa macam tulah... 


Ramai staff yang bukan eksekutif macam aku ni petikaikan juga bende ni sebab tak adil. Tapi apakan daya company yang buat peraturan. Bagi aku pula, asal gaji masuk dah lah... Malas nak bertekak. 😂 


Masuk kerja hari sabtu ni dia mencabar sikit sebab mood cuti tu dah ada, tau? Itu yg rasa macam malas je nak gosok baju. Aku ni pun satu hal juga. Beli baju untuk kerja baju yang kene gosok. Aku ni dah lah pemalas. Haih... 


Bukan aku tak nak beli baju yang ironless. Masalahnya, aku ni gemuk 😔. Bila pakai baju yg ironless macam materi cey, baju tu melekat kat badan dan menampakkan bentuk tubuh badan aku. Jadi tak mesra aurat la ceritanya. Itu yg aku beli baju jenis como crepe. Terpakasalah aku gosok baju hari2. 


Aku ni dah nak pergi kerja pun masih lagi menaip blog. 😂 Dulu sebelum masuk kerja kemain lagi siap awal, ni jam pukul 7:20am pun aku rilek lagi gosok baju tudung sambil dengar lagu. Hehehe tahu2 je dah siap pukul 7:50 am. Pastu gerak gi kerja. 


Hari ni aku nak kene hantar buku stor kat office utk rekod keluar masuk chemical & apparatus dr stor. Sebelum tu aku nak uruskan mesin LECO. Hari ni cam malas plak nak buat kerja berat2. Kite buat kerja ringan2 je la. Ouh, aku kene hyrdrolyse sample utk boron analysis. 


Sejak kerja ni, kehidupan aku macam berlegar kat 2 tempat je. Kerja dan rumah. Bila ntah nak pergi jenjalan. Asal dapat gaji, duit pun cukup2 paras hidung je 😂 😂  nak naik pangkat macam lambat lagi. Tapi ye la kan wallahualam mana tahu tahu depan naik pangkat.


Semoga tahun depan Fitrah naik pangkat! Amin. 



Yang bercerita, 

FITRAH 

(dari atas sejadah) 


Isnin, 14 Oktober 2024

Kelebihan Ayat Manzil





Sepanjang hidup aku sebelum aku kenal ayat manzil, aku "bertemu" dengan Al-maathurat dulu dan alhamdulillah aku amalkan pagi & petang. Aku kenal dengan Al-maathurat sebab aku join usrah masa aku belajar kat UPM dulu. Dari situlah aku mula amalkan Al-maathurat. 


Al-maathurat ni bagus sangat. Nak dijadikan cerita satu hari famili aku diganggu dengan jin saka. Kebetulan abang sepupu aku ni ada kelebihan sikit lah dalam hal ghaib ni. Jadi dia kata jin saka tu tak datang dekat dengan aku sebab diri aku ni dah "dipagar" dengan zikir pagi petang. Alhamdulillah, dengan izin Allah. 


Maka dari situlah aku semakin yakin bahawa sesungguhnya dengan izin Allah, zikir Al-maathurat ini dapat melindungi diri. Jadi alhamdulillah aku amalkanlah. Tapi ingat, bukan ayat tersebut yg melindungi kita. Sesungguhnya dengan izin Allah dan kite berusaha dengan cara mengamalkan ayat2 tersebut maka Allah izinkan kita dilindungi daripada segala gangguan. ☺


Begitulah. So, bila masa pulak aku kenal dgn ayat manzil? 


Haa yang ini pun ade cerita jugak. Ditakdirkan oleh Allah, kawan aku ni diganggu dengan makhluk halus. Lama juga la dia sakit. Satu hari tu, aku ngan kawan aku ni pergi lah kedai buku. Lepas tu aku terjumpa buku kecil yg bertajuk "Ayat Manzil". 


Jadi aku tanyalah kawan aku ayat manzil tu apa? Katanya, ayat pelindung diri. Baik utk rukyah. Mula2 tu aku tak tertarik pun nak beli buku tu tapi disebabkan lepas tu aku nak cukupkan nilai baucer buku rm50 aku maka aku capai la buku kecik ayat manzil tu. 😅


Setelah bertahun2 buku ayat manzil tu ada dekat aku, sebenarnya aku jarang baca. 😌 Sampailah satu hari tu, aku dah habis belajar aku belek buku ayat manzil tu dan aku bacalah kelebihannya. 


Antara kelebihan ayat manzil tu :

1. Dapat menangkis gangguan makhluk halus. 
2. Menjadi syifa (ubat & penawar)  bagi beberapa penyakit rohani & jasmani. 
3. Pelindung diri daripada sihir.
4. Dilindungi daripada bahaya syaitan, pencuri, binatang buas dan lain-lain. 
5. Rumah dan harta bende pengamal akan dilindungi. 
6. Pengamal dan kaum kerabatnya sekali dilindungi. 


Ayat manzil ni sebenarnya banyak kelebihan. Terlalu banyak jadi aku simpulkan seperti di atas secara umum sajalah. Jadi macam mana nak amalkan ayat manzil ni? Ada kaedah-kaedah tertentu ke? 


Begini, ayat manzil ni kita kalau baca lepas tu tiup kat air, InshaAllah, jadi penawar. Haa gitu caranya. Air yg dah ditiup tu bagi la orang yg sakit tu minum. Kalau yang sakit atau diganggu itu adalah rumah, premis perniagaan dan sebagainya, maka ambik air yg dah ditiup/dibaca dgn ayat manzil tu dispray/direnjis sekeliling kawasan tersebut.


Haa macam tu... InshaAllah, dengan izin Allah! Yakin sungguh2. Allah akan bantu. Ini ikhtiar kita utk lindung diri, keluarga, rumah, harta benda, binatang peliharaan, perniagaan dan pekerjaan kita drpd segala gangguan makhluk halus dan manusia yang bertopengkan syaitan!


Ayat manzil ni kalau kita baca kena baca dengan tawajjuh yakni kene fokus dgn bacaan kita dan perhatikan bacaan kita dengan teliti. Baca sampai menusuk ke kalbulah senang cakap. Haaa


Percayalah cakap aku, kalau kite betul2 fokus baca ayat manzil ni hati kita automatik rasa lapang & tenang je. Bacalah dengan menjaga tajwidnya. InshaAllah, hati kita akan jadi tenang. Kalau fikiran kusut pada awalnya, InshaAllah baca ayat manzil, fikiran tu jadi tenang.


Try la, tak try kite tak tahu. 


Kalau ikut pengalaman aku sepanjang aku mengamalkan ayat manzil ni, sesungguhnya ada banyak hikmah yg aku dapat.


Contohnya, 


Aku pernah try baca ayat manzil ni utk diri dan keluarga aku. Masa tu mak aku berniaga jadi banyak gangguan sihir orang hantar kat kedai mak aku. Jadi aku ikhtiar la baca ayat manzil. Niatkan utk aku & keluarga serta perniagaan mak aku. Aku tiup kat air. Aku renjis kat sekitar kedai mak aku.


Nak tahu apa jadi lepas tu? Adik aku dapat satu mimpi. Dalam mimpi tu orang yg menghantar sihir kat kedai mak aku tu marah sebab sihir dia tak menjadi. Adik aku lagi sorang pulak mimpi ada jin yg duduk atas peti ais mak aku yg kat kedai tu dan jin tu tak nak turun sebab dia kata kalau dia turun dari situ nanti dia terbakar. 🔥


Begitulah ceritanya. Allah nak bagi petunjuk. 


Sampai ke hari ni alhamdulillah aku masih amalkan ayat manzil ni. Sehari sekali. Lagi bagus kalau kita baca setiap kali lepas solat subuh dan maghrib. Sebab apa kedua-dua waktu matahari timbul dan tenggelam nilah orang menjalankan sihirnya. Nauzubillahiminzalik.... 


Kalau dapat hafal lagi bagus lah. Beli je la kat shopee satu, baru berapa hengget. Tak sampai rm10 pun. Topup mahal2 boleh beli takkan buku utk manfaat kita tak mampu beli kan? 😁 

Nah link shopee utk beli buku ayat manzil :  Buku Ayat Manzil

Tak pun install je la apps manzil ni kat play store. Simpan dalam phone. Tengah duduk saja-saja tak buat apa tu ha buka ayat manzil kat phone pastu baca. 


Oleh itu, selamat beramal dan renung-renungkanlah ye . Sesungguhnya kite berusaha dan selebihnya Allah yg menentukan. Wallahualam. 


Yang berceloteh, 

FITRAH




Ahad, 13 Oktober 2024

Fitrah yang Baru.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah. Aku kembali ke dunia blogger dengan minda yang baru. 


Aku sebenarnya dah lama tak menulis kat blogger nie. Entah macam mana terdetik nak menulis semula. Semuanya berpunca sebab aku nak buat sinopsis filem yang aku dah tengok lepas tu aku cam takkan lah nak tulis panjang berjela kat whatsapp story. Makanya muncullah idea nak menulis sinopsis / review filem kat blogger. 


Barulah ada update dua kali kat site blogger lagi satu. Aku pun sajalah belek2 blogger aku sekali jumpa pulak dengan catatan blogger aku yang lama2 😂😂


Bila baca balik catatan yang lepas2, mak aihhhh malunyaaa 😂😂😂 nampak sangat tidak matang ye penulisan aku yang lepas2. Yelah, waktu tu aku baru 20-an. Baru nak berjinak2 kenal dunia. 😁😁


Kalau ikutkan banyak je bende yang aku nak share. Aku ringkaskan jelah kisah hidup aku lepas daripada catatan terakhir aku dulu.


Tahun 2017. Aku gagal fyp, so aku repeat buat fyp. Extend la semester 1 tahun. Berjaya buat fyp aku gi praktikal. Tapi aku gagal praktikal. 😢 Tak nak share sebab apa... Rasa sedih sangat waktu nie. 


Tahun 2018. Aku balik rumah. Duduk dgn famili. Aku kerja tanggung keluarga. Gaji ciput je. 900 sebulan nak makan apa? 


Tahun 2019. Aku kerja kat TENTEN. Kedai pakaian. Aku letih giler kerja kat sini. Penat sangat. Sambil buat kerja tu aku menangis dan berjanji dgn diri sendiri utk dpt kerja yg lagi baik drpd ni. Penghujung tahun 2019, satu dunia Lockdown. Kerjalah aku gilir2 dgn org lain jaga kedai.


Nilah tenten gemencheh. Macam kuli aku kerja kat sini. 😂😂


Tahun 2020. Aku berhenti kerja sebab tak tahan. Macam takde life kerja kat tenten. Masul pukul 10 pagi, balik pukul 10 malam. Dah macam zombie rupa aku. 


Tahun 2021. Aku buat bisnes online dr rumah. Bolehlah not bad. Aku niaga cookiss brownies sampai ada 2 orang ejen bawah aku tau. Alhamdulillah. Masa ni pkp masih berjalan macam biasa.

Pakai filter lawalah muka aku 😂😂



Tahun 2022. Pkp dah tamat. Bisnes memang totally drop habis. Ejen aku pun lari. 😂😂 Ditakdirkan oleh Allah aku dapat kerja kat IOI Research Center Batang Melaka. Dekat je ngan rumah aku. 17/10/2022 merupakan tarikh keramat aku memulakan kehidupan yg baru. Dengan ini bermulalah kehidupan aku menjadi tulang belakang keluarga. Kehidupan keluarga aku pun semakin senang. Alhamdulillah. Tak kaya macam org lain tapi tak miskin sgt sampai meminta-minta pd org lain. Gitulah.



Tahun 2023. Aku masih lagi bekerja di IOI walaupun banyak cabaran yg aku hadapi sepanjang bekerja kat sini. Kalau nak taip satu2 nescaya tak mampu sebab banyak sangat. 😂😂 waktu ni kehidupan aku mula berubah. Aku jadi lebih matang. Takdelah, masih ade perangai budak2 lagi 😂😂

Nilah tempat kerja aku. 


Tahun 2024. Yup, tahun sekarang ni. Alhamdulillah makin bertambah baik kehidupan aku da keluarga. Seiring dengan bertambahnya usia, bertambah jugalah ujian dalam hidup. Kita sbg hamba Allah memang sentiasa diuji oleh Allah untuk menentukan dimana tahap iman kita di sisi Allah. 


Baru2 ni adik lelaki aku mengalami kemalangan jalan raya sampai patah tulang pehanya. Dengan izin Allah aku berjaya biaya kos pembedahan dan hospital adik aku. Aku tak terkilan pun duit bonus aku digunakan utk famili aku sebab memang itulah tujuan aku bekerja. Untuk membantu famili. Alhamdulillah...
 

Sian adik laki aku. Bertabah je la. Dah nama pun ujian. 


Mudah2an Allah akan gantikan dengan ganjaran yg lagi baik utk Fitrah. Amin. 

Begitulah cerita aku setelah bertahun2 menyepi dr dunia blogger walaupun pada hakikatnya takde siapa pun yang baca 😂😂

Aku menulis bukan kerana nama tapi aku menulis kerana terapi minda. Dengan menulislah aku dapat menjernihkan semula pemikiran aku. Aku menulis blog ni guna phone je. Laptop aku dah rosak 😂 rosak skrin lcd dia je. Nak betulkan tu mau dekat 500 lebih!  Fuhh itu lapop dr zaman aku belajar tau. Nantilah ade rezeki aku betulkan. Hehe. 

Aku rasa sampai sini je la aku bercerita. Lepas2 ni, aku share la lagi bila2 aku rasa nak menulis, okay? 





Sekian dari saya yang suka berceloteh, 

FITRAH 




Ahad, 31 Julai 2016

Tuhan Tunjukkan Aku Jalan Pulang

Bismillahirrahmanirrahim





Dalam hidup ni, tipulah kalau aku kata budak yang join tarbiyah dan dakwah ni dah tak terikat dengan perkara-perkara jahiliyah. tipulah. sebab kita semua manusia biasa yang membezakan kita ni iman dan taqwa saja.

Tapi tipulah juga kalau tak pernah sedetik pun dalam hati tu untuk berubah. sebab setiap manusia itu dicipta memang fitrahnya sukakan kebaikan. tipulah kalau tak pernah rasa nak kembali pulang pada Allah. hati tu pasti pernah meronta-ronta nak tinggalkan perkara-perkara jahiliyah. tapi selepas tu kita terfikir, nak ke Allah ampunkan dosa-dosa aku yang banyak nie...



tapi siapalah kita nak menafikan sebab kita ni hamba Dia je. tak layak nak mempersoalkan Dia mampu ke tak nak ampunkan dosa-dosa kita nie. Astaghfirullahalazim...

Kerana kita hamba lah, kita kena minta ampun kepada Allah...

Allah tu baik sangat walaupun kita da buat dosa menggunung sekali pun dia tetap ampunkan kita. Walaupun Dia tahu kita akan buat dosa juga lepas tu, Dia still buka pintu taubat untuk kita. Baiknya Allah. Baik sangat.

Kalau kita selalu topup kita punya taubat dan istighfar, in shaa Allah hati ni mudah je tersentuh dengan teguran Allah, tak kisahlah melalui Al-Quran ke, manusia ke, catatan di Facebook ke... malah kita mudah je nak nangis... sebab hati ni jadi sensitif. Sensitive for good.

Cuba check hati kita balik semula. Sensitif tak bila kita baca terjemahan Al-Quran pasal azab neraka, balasan yang menimpa umat2 sebelum ni.. pasal syurga yang indah belaka (ada rasa teruja tak?), pasal ganjaran yang Allah bagi orang-orang yang beriman..

Masha Allah, aku minta ampun Ya Allah andai hati ni da tak sensitif lagi..



Kawan2, cuba berhenti seketika. Sepuluh mnit je. dan fikir semula apa yang telah kita lakukan seharian..

solat subuh pagi tadi pukul berapa ye?
al-maathurat ada baca?
dhuha ada buat?
solat fardhu on time?
hari ni Al-Quran dah baca?
istighfar da berapa kali?
qiam ada buat ke hari nie?

lepas tu cuba istighfar..
dan bygkn sekiranya bila kita da mati nanti, agak2nya dalam kubur y gelap tu siapa yang akan tolong kita?
melainkan amal ibadah kita, doa anak y soleh (itu pun kalau da kawen dan da ada anak), dan ilmu yang bermanfaat.. kat akhirat nanti agak2 kita ditempatkan kat mana? Neraka atau syurga ye? Nak masuk syurga, rasa mcm tak layak... nak masuk neraka pula tak sanggup! Masha Allah...



Ya kawan, kembalilah kepada Allah. Berdoalah banyak2 moga Allah tunjukkan jalan pulang buat kita. Doa sungguh2 tau! Doa lah banyak kali. walaupun kita tahu lepas tu kita akan buat dosa lagi...

''Ya Allah, tunjukkanlah aku jalan pulang. Aku mahu kembali padaMu''.

Tapi lepas tu siap sedialah sebab akan ada ujian yang akan menanti. Kuat tak kuat je kita nak hadapi. Sebab Allah nak uji kita, betul ke, kita ni sungguh2 nak kembali kat Dia? Ke dtg sekejap lepas tu berpaling dari Dia?

In shaa Allah, yakinlah. Ujian selepas nekad untuk kembali pada Allah merupakan tanda Allah sayang kita.



Contoh paling mudah lah..

seorang anak yang ingin kembali pada ibunya setelah bertahun2 meninggalkan dia. adakah si ibu akan menerima shj begitu? tentu tidak. mestilah dia tanya mcm2. dia uji anak dia tu dengan pelbagai ragam dan tingkah dia. sebab si ibu ni nak tengok sejauh mana anak dia tu betul2 nak maaf dr ibunya. tapi hati ibu mana lah yang tak sanggup nak tolak permohonan maaf anak dia.. mestilah dia terima.. (yelah sedangkan nabi pun maafkan umat, inikan pula kita manusia biasa)...

jadi begitulah analoginya...
jadi kawan2.. kembalilah pada ALLAH..


Wallahualam.

Dari katil P5 233,
FITRAH

Sabtu, 30 Julai 2016

Internet Yang Berbahaya

Bismillahirrahmanirrahim



Internet. Aku memang suka melayari internet. Internet lah tempat aku tahu pasal isu-isu semasa dan dunia luar seperti di Syria, Palestin dan sebagainya. Kadang-kadang aku akan buka youtube dan facebook untuk bersosial di laman maya. 






Tapi aku ada sedikit kecewa dengan internet ni. Bukan sedikit. Banyak! Internet ni memang ada baik dan buruknya. Baiknya internet ni dia memudahkan aku nak buat tugasan kuliah, lab report dan lain-lain lah. Buruknya internet ni adalah bila keluar iklan dan bende2 merepek dan lucah (Okay, aku terus terang je kat sini sebb memang itu kenyataannya).


Bengang betol aku. Sebagai contoh, bila aku buka youtube dan aku nak tengok cerita English ke, Malay ke, Indon ke yang sesuai untuk ditonton seisi keluarga atau untuk kanak-kanak pun boleh tengok.. ia akan keluar cerita-cerita yang tak senonoh! Aku rasa memang youtube ni memang dia sengaja paparkan video2 macam tu dan terselit di antara list2 yang ada tu.. haaaa


Bila aku buka laman google dan aku search mp3 yang aku suka untuk didownload. Contohnya aku nak download mp3 ''The Faith Bebaskanku'', hasilnya adalah... begitu banyak iklan2 yang tak senonoh sebelum aku nak pergi laman yang sebenar! Ya Allah, stress aku! Mana2 laman web aku pergi sama je!


Lalu timbullah satu persoalan dalam diriku. Bagaimana kalau adik2 kita yang terbuka laman2 macam ni? dan dia pun tertarik dan tertekan laman2 iklan tak senonoh tu? Masha Allah, bahayanya internet! Jika tidak digunakan dengan berlandaskan iman. 

Astaghfirullahalazim... Moga Allah lindungi kesemua ahli keluarga kita dari perkara2 sedemikian yang mendatangkan dosa... Nauzubillahimizalik...

Baru sekarang aku faham kenapa gejala sosial semakin membarah dalam masyarakat. Dan aku juga terfikir betapa susahnya lah zaman sekarang umat Islam untuk jaga dan tundukkan pandagan. Hebatnya dugaan. Kalau tak kuat iman di dada, maka hanyutlah kita dalam lautan nafsu yang buas.


Korang yang membaca entri ni cepat2lah sedar dan bertaubat sekiranya ''terbuat'' dan mana yang mengelak dari perkara2 sebegini, GOOD ! sekarang tugasan kita adalah sedarkanlah ahli keluarga kita dan jaga mereka terutama adik2 kita yang kat rumah tu. Lagi2 yang masih kecil tu.

Sekarang ni aku tengok parents selamba badak je bagi anak2 main phone la, tab la, dan sebagainya. Memanglah untuk main game sahaja, tapi bagi aku itu dah kira bagi diaorang peluang untuk ''teroka'' laman2 yang boleh jadi baik atau bahaya buat diaorang. Mak ayah pun main peranan yang sangat penting juga.



Ternyata jadi mak ayah ni lagi susah dari mentadbir organisasi. Banyak bende kene cater. Okay takpe, itu cerita kemudian. Aku pun terfikir juga, Kalau dari muda ni kita tak latih diri kita untuk ikut perintah Allah dan jauhi laranganNya, maka tak mustahillah kalau perkara2 sedemikian akan reflect pada anak2 kita. Tak mustahil perkara macam ni terjadi.

Jadi sementara masih muda remaja dan belia ni bawa2lah sedar dan berhenti dari segala perkara kemungkaran serta kembalilah kepada Islam, Kembalilah kepada Al-Quran dan Sunnah. Kembalilah kepada Allah.



Hahaha panjang pula entri kali ni. Pada asalnya nak cerita pasal bahaya internet. Tapi memang betul pun. Setiap perkara yang kita buat pun akan kembali pada Allah. Wallahualam.


Dari tilam P5 143,
FITRAH

Jumaat, 29 Julai 2016

Kenangan Semasa Kecil

Bismillahirrahmanirrahim...

Budak ni bukan aku kay. Cume aku ambil sebab aku teringat dulu masa kecik aku pernah ade basikal comel mcm tu, buka basikal biasa2 kay, made by my beloved father.


Sejak akhir-akhir ni aku asyik terkenang je perkara2 yang dah berlalu. Mungkin sebab aku rindu kot. Mungkin. Ada sekali tu aku tengah baca Al-Maathurat. But then tetiba aku teringat kenangan masa kecil aku mengaji dengan mak aku. Waktu tu punyalah bersungguh-sungguh aku mengaji dengan adik aku. Kuat dan bersemangat. Tapi sekarang aku hilang semangat tu. Aku hilang rasa seronoknya mengaji dengan mak aku. Yelah duduk jauhkan.. Balik rumah pun, mak aku pun sibuk dengan business dia.


Itu sekali. Tengahari tadi aku makan sensorang kat pondok comel kat sebelah surau fakulti sambil2 tu ambil angin petang sekejap. Entah kenapa tiba-tiba teringat masa kecik dulu kalau makan satu family ramai-ramai rasa seronok sangat. Tapi waktu makan satu famili ni bergantung pada mood ayah aku juga. Sebab ayah aku ni garang sangat bila time makan. Hahaha. Banyak betul rule dia..

Dulu masa kecik kiteorang satu family makan duduk bersila kat lantai. Mana ada meja makan ni semua.

Kalau makan jangan berbunyi. Uish satu kepantangan ayah aku bila dengar kitaorang adik beradik ni berbunyi makan. Siaplah kau lepas tu dapat penampo. Tak penampo kena cubit. Hahaha Mengusik jiwa betul kenangan ni... 

Ya Allah rindu nak makan macam tu hanya Allah je tau dalam hati ni. Orang lain mungkin biasa je bagi dia.Tapi bagi aku perkara mcm ni takkan berulang kembali buat selamanya. 

Wait. aku bukan nak cerita sedih pun kat sini. hahah

Aku tak tahu lah sebab apa aku teringat balik nostalgia waktu kecil ni. Yelah kot. Mungkin sebab aku rindu. 

Ya. Memang aku rindu diaorang. Aku rindu dengan famili aku. Rindu dengan masa kecik aku. Sekarang semuanya dah besar. Dah ada keluarga sendiri. Ada yang on the way nak bina baitulmuslim. Haa aku je entah bila lagi.. Tapi tak nak ah kawen sekarang. Aku nak kerja. Aku nak sara mak dan adik2 aku. So ibu tak yah lah kerja lagi. Rehat kay. Biar kakak yang kerja ye.

In shaa Allah lagi setahun je nak habis. Lepas habis boleh cari kerja cepat2 dan bolehlah hantar duit kat kampung setiap bulan. In shaa Allah niat yang baik Allah akan mudahkan...


Dari lantai P5 143,
FITRAH