![]() |
| Budak ni bukan aku kay. Cume aku ambil sebab aku teringat dulu masa kecik aku pernah ade basikal comel mcm tu, buka basikal biasa2 kay, made by my beloved father. |
Sejak akhir-akhir ni aku asyik terkenang je perkara2 yang dah berlalu. Mungkin sebab aku rindu kot. Mungkin. Ada sekali tu aku tengah baca Al-Maathurat. But then tetiba aku teringat kenangan masa kecil aku mengaji dengan mak aku. Waktu tu punyalah bersungguh-sungguh aku mengaji dengan adik aku. Kuat dan bersemangat. Tapi sekarang aku hilang semangat tu. Aku hilang rasa seronoknya mengaji dengan mak aku. Yelah duduk jauhkan.. Balik rumah pun, mak aku pun sibuk dengan business dia.
Itu sekali. Tengahari tadi aku makan sensorang kat pondok comel kat sebelah surau fakulti sambil2 tu ambil angin petang sekejap. Entah kenapa tiba-tiba teringat masa kecik dulu kalau makan satu family ramai-ramai rasa seronok sangat. Tapi waktu makan satu famili ni bergantung pada mood ayah aku juga. Sebab ayah aku ni garang sangat bila time makan. Hahaha. Banyak betul rule dia..
![]() |
| Dulu masa kecik kiteorang satu family makan duduk bersila kat lantai. Mana ada meja makan ni semua. |
Kalau makan jangan berbunyi. Uish satu kepantangan ayah aku bila dengar kitaorang adik beradik ni berbunyi makan. Siaplah kau lepas tu dapat penampo. Tak penampo kena cubit. Hahaha Mengusik jiwa betul kenangan ni...
Ya Allah rindu nak makan macam tu hanya Allah je tau dalam hati ni. Orang lain mungkin biasa je bagi dia.Tapi bagi aku perkara mcm ni takkan berulang kembali buat selamanya.
Wait. aku bukan nak cerita sedih pun kat sini. hahah
Aku tak tahu lah sebab apa aku teringat balik nostalgia waktu kecil ni. Yelah kot. Mungkin sebab aku rindu.
Ya. Memang aku rindu diaorang. Aku rindu dengan famili aku. Rindu dengan masa kecik aku. Sekarang semuanya dah besar. Dah ada keluarga sendiri. Ada yang on the way nak bina baitulmuslim. Haa aku je entah bila lagi.. Tapi tak nak ah kawen sekarang. Aku nak kerja. Aku nak sara mak dan adik2 aku. So ibu tak yah lah kerja lagi. Rehat kay. Biar kakak yang kerja ye.
In shaa Allah lagi setahun je nak habis. Lepas habis boleh cari kerja cepat2 dan bolehlah hantar duit kat kampung setiap bulan. In shaa Allah niat yang baik Allah akan mudahkan...
Dari lantai P5 143,
FITRAH




Tiada ulasan:
Catat Ulasan