Ahad, 21 Disember 2014

Rukun Pertama Dalam Islam

29 SAFAR 1436 H @ 21/12/2014, AHAD

Assalamualaikum wbt semua,

Hendaknya semua masih ceria di petang hari ni,
Kat luar bilik hujan rahmat masih menitik,
Alhamdulillah atas kurniaanNYA,
tanpa DIA bumi ni takkan Hidup

Begitu juga hati,
Hati takkan hidup tanpa cahaya,
Cahaya itu adalh ILMU,
tanpa ILMU hati Mati.

Jadi hari ni ilmu yang nak disampaikan adalah berkaitan dengan rukun ISLAM yang pertama.
Saya yakin ramai umat ISLAM tahu akaN KELIMA-LIMA rukun ISLAM kite.
Tak perlu disbutkan disini, cukup anda semua menyimpannya dalam hati,
menyebutnya dengan lisan,
mengamalkannya dengan anggota tubuh,
in shaa ALLAH,
muslim sejatilah gelarannya.

Dalam surah AL-IMRAN ayat 19 dan 85 ada menyentuh tentang rukun iman yang pertama ini.
Begitu juga dalam surah AL-MAIDAH ayat 3.
Masing-masing disampaikan sendiri oleh ALLAH SWT, Pencipta kita.

Rukun ISLAM yang pertama adalah mengucapkan 2 kalimah syahadah.
Dalam bahasa ruminya ia berbunyi : 
''Aku bersaksi tiada tuhan selain ALLAH
dan
Aku bersaksi MUHAMMAD pesuruh ALLAH''

Antara rukun yang lainnya adalah 
menunaikan SOLAT lima waktu sehari semalam,
menunaikan ZAKAT,
berPUASA di bulan Ramadhan,
dan terakhir,
menunaikan haji.

Antara kelima-lima rukun ISLAM ini
2 kalimah Syahadah lah yang menjadi penentunya,
Ibarat tiang utama di tengah-tengah kemah,
manakala yang empat lain pula menjadi tiang disekeliling tiang utama tersebut,
jika tiada yang utama, runtuhlah yang lain,
jika teguh yang utama, maka teguhlah jua yang lain.
Begitulah perumpamaanya.

Daripada keempat-empat ''tiang'' ini,
maka muncullah empat kategori manusia:

Kategori pertama:
Manusia yang MEYAKINI keempat-empat rukun ISLAM tersebut,
tetapi MALAS untuk melakukannya.
maka gelarannya adalah MUSLIM FASIQ.

Kategori kedua:
Manusia yang ENGGAN atau INGKAR untuk melakukan rukun ISLAM ini,
maka gelarannya adalah KAFIR!

Kategori ketiga:
Manusia yang BERIMAN, BERAMAL, dan MENEGAKKAN rukun ISLAM ini,
maka gelarannya adalah MUSLIM SEJATI!

namun, kategori yang keempat sangat terhina kedudukannya di sisi ALLAH SWT,
hinggakan di dalam neraka, 
golongan manusia ini diletakkan di aras yang paling bawah sekali,
manusia ini lebih hina dari kafir,
siapakah golongan ini?
merekalah golongan MUNAFIQ.
apa yang mereka lakukan?
mereka membuat semua rukun ISLAM tersebut, namun
dalam hatinya TIADA IMAN kepada ALLAH dan RASULNYA.
golongan ini telah me,buat dua dosa;
iaitu dosa kekufuran dan dosa menipu kepada orang lain.
''SEMOGA KITA DAN AHLI KELUARGA TIDAK TERMASUK KE DALAM GOLONGAN INI, AMIN YA RABBAL ALAMIN''

Dunia ini ALLAH beri kepada sesiapa sahaja,
sama ada ALLAH suka kepada dia,
atau ALLAH benci pada dia,
Namun, ISLAM ALLAH beri hanya kepada orang yang DIA sukai,
maka bersyukurlah kerana kita orang yang terpilih oleh ALLAH 
untuk menerima hadiah yang paling ISTIMEWA,
nikmat yang paling berharga.

Jadi bagaimana cara untuk menunjukkan penghargaan kita terhadap ISLAM?
Caranya adalah BERBANGGA DENGAN ISLAM 
dan MENZAHIRKAN IA DIMANA-MANA SAHAJA KITA BERADA.
Tidak kira di rumah, sekolah, tempat kerja, universiti, atau di mana-mana sahaja,
ini bukti kita bersyukur dikurniakan ISLAM,
saya berdoa agar ALLAH bantu saya, keluarga saya, pembaca sekalian untuk istiqomah 
dalam mengamalkan ajaran ISLAM.
Sesungguhnya, ISLAM lah agama yang diREDHAI oleh ALLAH SWT.

Yang menyampaikan,
FITRAH.

SUMBER : Ceramah Habib Ali Zaenal Abidin Al- Hamid di youtube. '' syarah hadis jibril -2-Rukun Pertama Dalam Islam''



Tiada ulasan:

Catat Ulasan