23 FEBRUARI 2015 / 4 JAMADILAWAL 1436 H
Assalamualaikum wbt semua~
Hope semua sihat~ dan hope juga iman semua juga
sihat sekali…. =3
Hari ni nak cerita pasal orang mukmin dan orang
kafir…. Orang mukmin ni kira orang yang beriman dan mengamalkan segala perintah
ALLAH dan Rasul-NYA serta meyakini dengan sepenuh hati. Orang kafir ni pula
sebaliknya daripada orang mukmin. In shaa ALLAH kita tergolong dalam golongan
orang-orang mukmin. Amin….
Orang kafir ni dia seorang yang menyengutukan
ALLAH. Bukan itu sahaja, die menyifatkan ALLAH SWT dengan sifat2 yang tak
sesuai dan tak sepatutnya. Dia juga menolak untuk bersyukur atas segala nikmat
yang ALLAH SWT telah berikan kepada dirinya. Tambahan lagi, dia ni mendustakan
Rasul-NYA. Dahlah berdusta, malah berdegil dalam kekufurannya. Perintah-perintah
ALLAH SWT dipersendakannya dan tak cukup dengan itu dia hina pula ayat2 ALLAH.
Nauzubillahiminzalik…. Ada tu pula yang sampai ke tahap berkomplot dengan jin,
syaitan dan manusia2 yang segeng dengannya untuk menentang hamba2 ALLAH
daripada mengamalkan ajaran ISLAM. Tsk,tsk,tsk….. dahlah dia halang orang lain
ikut agama ISLAM, dia hasut pula orang-orang bodoh di kalangan mereka untuk
tetap berpegang teguh dengan pegangan sesat mereka dan menyembah berhala.
Terukkan? Semoga kite dan keluarga kite tak tergolong
dalam golongan sebegini. Jadi apa balasan yang ALLAH berikan kepada mereka?
Allah sesatkan mereka sesesat-sesatnya.
Bertambahlah sesatnya mereka tu. Bukan itu sahaja, ALLAH rendahkan akal
fikiran mereka. Tu yang kite Nampak
ajaran2 mereka serta perlakuan mereka yang bila difikirkan tak masuk akal
langsung! Contoh, lelaki kahwin dengan lelaki. Hurm, agaknya menghasilkan ape
ye? Hahaa hasilkan dosa ler… nauzubillahiminzalik… ALLAH SWT akan membiarkan
mereka dipimpin oleh hawa nafsu. Dibawah pimpinan hawa nafsu nilah, mereka
terjerumus ke jalan syaitan dan paling teruk..ke NERAKA! :o
Maksud
surah Taha, ayat 124-126:
‘’ Dan sesiapa yang berpaling ingkar
dari ingatan dan petunjuk-KU, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang
sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta.
Ia
berkata:’’ Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta,
padahal aku dahulu melihat?
Allah
berfirman:’’ Demikianlah keadaannya! Telah dating ayat-ayat keterangan Kami
kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya, dan demikianlah engkau
pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan. ’’
Orang mukmin ni pula macam mana sikap mereka?
Haaaa…. Orang mukmin ni seorang yang tidak terpedaya dengan kemegahan yang
diperolehi di dunia yang fana ni. Dia ni seorang yang benar2 memohon kepada
ALLAH untuk dikukuhkan hati di atas iman dan keyakinan terhadap Islam. Dia juga
yang benar2 memohon kepada ALLAH SWT untuk ditetapkan di atas jalan yang lurus.
Dia seorang yang kuat dan kukuh dalam melakukan amal soleh. Orang mukmin ni dia
mengikuti segala perintah ALLAH dan petunjuk-Nya. Dia ikut juga petunjuk
Rasulullah saw dan wali mereka di dunia.
Indahkan bunyinya? Pasti la indah~ sebab hati
manusia sememangnya secara fitrah atau semulajadinya mencintai kebaikan~ jadi
apa hadiah yang ALLAH berikan kepada golongan orang mukmin ni?
ALLAH berikan kepada mereka kemenangan di dunia
dan di akhirat! Kemenangan ni dalam macam2 bentuk, ada yang dalam bentuk
ketenangan hati, murah rezeki, kebijaksanaan dan sebagainya. Mereka nilah golongan yang beruntung di
akhirat. Dahlah beruntung malah dapat pengampunan daripada ALLAH SWT atas dosa2
mereka….. Serta ALLAH akan perbaiki hati mereka. Mana yang kotor tu atau pernah
dilukai ALLAH akan ubatkan hati mereka~ =)
Maksud
surah al-Ibrahim, ayat 27 :
‘’ Allah menetapkan (pendirian)
orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia
dan akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri
sendiri); dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendaki-Nya ‘’
Iman tanpa amal soleh ianya tak sempurna. Iamn
boleh turun dan naik sesuai dengan amal soleh yang kita lakukan seperti berlaku
jujur, berbuat baik kepada ibu bapa dan orang lain, memaafkan kesalahan orang
lain, berbuat adil dan sebagainya… kebanyakannya ayat Al-Quran yang menerangkan
tentang iman sentiasa diikuti dengan amal soleh.
Iman ibarat sebuah pokok. Dimana akarnya kuat
mencengkam tanah di bumi manakala cabangnya tinggi menjulang ke langit dan baja
pokok ini (Iman) adalah takwa.
Maksud
surah al-Baqarah, ayat 197:
‘’ Dan hendaklah kamu membawa bekal
dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah takwa atau
memelihara diri dan bertakwalah kepada-Ku wahai orang-orang yang berakal (yang
dapat memikir dan memahaminya). ‘’
Kembalilah kepada ALLAH SWT~ Masih tak terlambat
lagi sementara nafas masih dihela. Hidup ni pilihan. Antara baik atau jahat.
Pilih baik,jahat terhidar. Begitu juga sebaliknya. ALLAH datangkan Rasul untuk
pimpin kite ke jalan-Nya. Maka rugilah siapa yang berpaling dari Rasul-Nya
kerana dia telah melepaskan satu-satunya peluang untuk ke syurga. Yakni dia
sebenarnya telah menzalimi dirinya sendiri.
In Shaa ALLAH, masih sempat lagi untuk kembali
kepada ALLAH SWT.
( Rujukan : Buku 40 Ayat Al-Quran Menghapus
Dosa-dosa )
Yang menyampaikan,
FITRAH

Tiada ulasan:
Catat Ulasan