Khamis, 18 Jun 2015

SELAMAT DATANG RAMADHAN!



Assalamualaikum wbt semua !

Selamat datang kuucapkan buat mu Ramadhan !
Segala puji-pujian bagiMu ya Allah !
Kerana masih diberi kesempatan kali ini untuk menikmati nikmat bulan Ramadhan !


Buat kali keduanya aku berpuasa di perantauan. Pertama kalinya semasa di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan dulu. Tapi, dulu meriah kalau bersahurnya. Sekarang kurang meriah sebab sahurnya dua orang sahaja. Takpe lah. Janji puasa.


Alhamdulillah, Allah masih berikan kesempatan buatku untuk menyambut Ramadhan. Ramadhan kali ini aku nak buat sungguh-sungguh. Tak nak jadi macam tahun-tahun yang sudah. Ibadah entah ke mana, puasa hanya rasa lapar dan dahaga. Kali ini perancangan harus rapi untuk mengisi masa-masa lapang di bulan Ramadhan.


Sebut pasal perancangan, sebelum itu hati aku seolah-olah tidak merasakan kehadiran Ramadhan itu sendiri. Rasa macam kureng sikit dalam hati nih. Ya Allah, rasa macam tak bersedia langsung nak sambut Ramadhan. Lepas solat Asar, terus aku cari feel Ramadhan tu dengan tengok video tazkirah pasal Ramadhan, cari info pasal Ramadhan kat blog2 dan website2. Bahaya kalau dibiarkan hati ini tidak terasa akan kehadiran bulan yang penuh dengan berkat ini.


Satu tips yang aku dapat untuk rasa Ramadhan tu dekat di hati adalah banyakkan membaca dan mentadabbur ayat-ayat Al-Quran. Makin banyak kita baca, makin menebal iman di hati. Makin banyak kita memahami ayat Al-Quran makin terisi rohani kita. Dan semakin juga kita dekat dengan Ramadhan. Bahkan dalam bulan Ramadhan itu sendiri jugalah, berlakunya peristiwa Nuzul Al-Quran.


Kalau perancangan untuk isi di bulan Ramadhan ini pula, aku lebih suka untuk membuat perkara-perkara kecil tapi konsisten. Contoh, membaca Al-Quran 4 muka surat setiap kali solat, beristighfar 100 kali setiap hari, bertarawikh setiap malam even 2 rakaat sekalipun, menghafal juz amma setakat yang mampu, solat tahjjud 2 rakaat setiap malam. 

Walaupun 4 muka surat sahaja setiap kali selepas solat, namun jika dilakukan secara konsisten, in shaa ALLAH, kite mampu khatam al-Quran dalam tempoh sebulan.

Walaupun istighfar hanya 100 kali sahaja, in shaa ALLAH, Allah akan murahkan rezeki kita kerana istighfar mampu menarik rezeki daripada tak berzikir langsung.

Walaupun bertarawih setiap malam even 2 rakaat sekali pun, jadilah daripada terbungkam kat rumah menghadap televisyen!

Walaupun dapat menghafal 3 atau 5 surah dalam juz 30, janji dapat tambah surah baru yang boleh dipelbagaikan dalam bacaan surah ketika solat, itu lagi baik daripada membaca surah yang sama setiap hari, barulah solat kite terasa lainnya. Ibarat lauk yang bertukar setiap hari, pasti menaikkan selera! Ini perumpamaan sahaja...

Walaupun solat tahajjud 2 rakaat sahaja, in shaa ALLAH, mampu membantu kita untuk mengekalkan semangat untuk qiam dan tahajjud sehingga Ramadhan yang seterusnya.

Pokok cerita, biar sedikit asal istiqamah. Lagipun amalan seperti ini lagi ALLAH suka! 

''Dari Aisyah r.a. berkata : Nabi pernah ditanya :”Manakah amal yang paling dicintai Allah? Beliau bersabda :”Yang dilakukan secara terus menerus meskipun sedikit”. Beliau bersabda lagi :”Dan lakukanlah amal-amal itu, sekadar kalian sanggup melakukannya''

(HR. Bukhari)
Selain itu juga, bulan Ramdhan sebenarnya starting point atau pembakar semangat bagi memulakan sesuatu agar berterusan sehingga ke Ramadhan seterusnya. Untuk menampakkan progression amalam di Ramadhan ini, buatlah buku catatan. Jadi dapatlah tengok prestasi kita di bulan Ramadhan ini meningkat atau tidak. Letakkan target setiap hari. Contohnya, 

hari ni kene hafal 2 ayat juz amma.
hari ni kene bangun tahajjud pukul 5 pagi. 
hari  ni kene pergi masjid awal untuk solat isyak berjemaah.

dan sebagainya~ korang lagi mengetahui diri korang macam mana...

Jadi rasanya, itu sajalah catatan kali ni. Diharapkan Ramadhan kali ini lebih baik daripada tahun2 sebelumnya ! 


yang menyambut,

FITRAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan