27 FEB 2015 @ 8 JAMADIL AWAL 1436 H
Assalamualaikum wbt.
Iman sihat? Down? Up?
Nasihat saya untuk maintain iman supaya tak down selalu ialah bersederhanalah dalam beribadah. :)
Topik menarik hari ni, perempuan dan neraka. Perkara ni dah lama terlintas dalam otak sebab perkara ni membimbangkan aku lagi2 aku ni perempuan. Dalam peristiwa israk mikraj, Nabi Muhammad SAW nampak peremuan yang paling banyak dalam neraka. Nauzubillahiminzalik.... T_T
Sebenarnya perempuan ni nak masuk syurga pon senang! tapi kenapa paling ramai dalam neraka? sebab tiga perkara ni:
1) Kufur terhadap suami dan kebaikan2nya
Dalam hadis riwayat Iman Al Bukhari, Nabi Muhammad SAW pernah bersabada: “ … dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Baginda shallallohu Alaihi Wasallam menjawab : “karena kekufuran mereka.” Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.''
Jadi perempuan2 sekalian tolonglah tolong sangat2.... jangan cakap macam ni kat suami. Walaupun aku tak kahwin lagi tapi benda ni aku akan alaminya. Aku berharap aku takkan cakap macam ni kat suami aku. YA ALLAH, BANTULAH HAMBAMU INI SUPAYA MENJADI SEORANG ANAK DAN ISTERI YANG SOLEHAH. AMIN.
2) Derhaka terhadap suami
Derhaka ni boleh berlaku dalam ucapan dan perbuatan kita. Even suami tegur kite, cube terime dengan hati yang lapang dan bermuhasabah diri. Mungkin ada silap kita cuma kite je yang tidak perasan Atau mungkin bukan silap kita, tapi cuba jangan bertengkar dengan dia. Tapi tegurlah dia dengan lemah lembut dan berikan hujah yang kukuh mudah-mudahan hatinya terbuka. Seboleh2nya elakkan pergaduhan sebab kadang2 boleh mengakibatkan hilang kawalan emosi terutama perempuan dan mungkin boleh menuju kepada kedurhakaan kepada suami.
3) Tabarruj
Tidak salah berhias2 tapi jangan berlebihan. kalau nak berhias berlebih2an pon dalam bilik ker..... atau dalam rumah ke.... selamat la..... untuk suami bolehlah.... kalau untuk ajnabi kat luar sana.... serious tak berbaloi..... sebab diaorang bukanlah yang layak untuk terima keindahan kita.... berilah keindahan wanita kita ini kepada yang selayak-layaknya dan yang paling terbaik untuk menerimanya.... :)
Perempuan dijadikan sebagai perhiasan di muka bumi ALLAH untuk ketengangan jiwa tapi ketahuilah perempuan solehahlah sebaik2 perhiasan di dunia ini kerana memandangnya sahaja cukup menenangkan jiwa. baru pandang je... belum memilikinya lagi....
Jadi mari berusaha untuk jadi perempuan solehah! :)
Yang menyampaikan,
FITRAH

Tiada ulasan:
Catat Ulasan