Dua hari yang lepas aku tonton filem ''Bulan Terbelah di Langit Amerika'' di mana ia sebuah filem dari negara seberang, Indonesia yang dibintangi oleh Acha Septriasa dan Nino Fernandez sebagai watak utama serta beberapa watak sampingan yang sangat membantu menghidupkan cerita Islamik ini.
Kalau dalam filem sambungan sebelum ini, Acha tidak memakai tudung tapi dalam filem kali ini dia mula memakainya. Setiap pelakon yang memainkan watak muslim pada awalnya memakai tudung cuma pada pertengahan cerita watak muslim sampingan mula tidak memakai tudung bagi menunjukkan konflik sebenar yang berlaku dalam filem ini.
Boleh kukatakan setiap babak dalam filem ini memang menyampaikan mesej yang tersirat lagi berselirat. Antara babak filem yang menarik perhatian aku adalah sewaktu permulaan filem ini di mana Acha Septriasa atau Hanum Rais sedang menerima tugasan daripada ketuanya di pejabat. sewaktu menerima tugasan untuk menulis artikel yang bertajuk ''Adakah dunia lebih baik tanpa Islam?'', dia kelihatan tenang dan sabar saja apabila mendengar arahan daripada ketuanya. kalau aku memang dah melenting dah,tapi sebaliknya dia bersikap profesional malah bertanya lebih lanjut lagi tentang tugasannya. dari sini aku dapat iktibar bahawa seorang muslim itu harus bersabar dan bersikap profesional bila dalam urusan pekerjaan, tidak harus terbawa-bawa dengan emosi dan cuba membuktikan dengan tingkah laku yakni qudwah hasanah kepada orang-orang bukan Islam. Malah Hanum selepas bertemu dengan bosnya dia lebih bersemangat untuk membuktikan bahawa dunia ini lebih baik jika Islam hadir dalam hidup manusia.
babak yang seterusnya adalah sewaktu Hanum dan Rangga tiba di monumen peringatan sempena peristiwa korban 9/11 di mana terdapat seorang wanita Inggeris yang dari jauh menyatakan kepada Hanum bahawa dia itu terroris dengan riak muka yang sungguh marah kepadanya. Hanum hanya melarikan pandangannya dan mengajak suaminya,Rangga untuk beredar dengan segera. Rangga yang mengerti ajakan isterinya turut bersetuju untuk beredar dari situ. Dari babak ini ternyata muslim pada ketika itu di New York sangat dibenci oleh masyarakat yang majoritinya bukan Islam setelah peristiwa 9/11 itu berlaku. Melalui tindakan kedua-dua watak tersebut, muslim disana lebih bersikap sabar dan mengelak untuk berlaku sebarang pertelingkahan apatah lagi jika muslim itu seorang wanita yang berjilbab.
seterusnya, babak konflik antara Hanum dan Rangga yang terikat dengan tugasan yang diberikan oleh ketua masing-masing. Mereka benar-benar serius menjalankan tugasan atas sebab yang satu iaitu ingin mencari kebenaran bahawa dunia itu lebih baik dengan kehadiran Islam dalam hidup manusia dan menegakkan Islam di muka bumi Amerika. Aku dapat menggambarkan kehidupa sepasang suami isteri yang hidupnya berlandaskan dakwah dan tarbiyah. tiada tujuan lain yang mereka tuju selain tujuan untuk menegakkan dan menyebarkan dakwah dan tarbiyah di muka bumi Allah ini. Meskipun kadang-kadang mereka ''terbelah'' dan berlaku sedikit ketegangan namun selepas itu, mereka berdua saling bermaafan dan memaafkan malah saling berjanji untuk mengelakkan kejadian yang sama berlaku. Aku fikir inilah yang terjadi sebenarnya dalam alam rumah tangga bagi seorang ikhwah dan akhawat.
babak seterusnya yang menarik perhatian aku adalah babak di mana seorang biarawati menolong Hanum ketika dia terjatuh di kaki lima di sebuah bangunan. Malah biarawati tersebut turut menawarkan dirinya untuk berjalan bersama-sama Hanum hingga tiba di destinasi yang seterusnya. sewaktu dalam perjalanan itu,mereka berdua diganggu oleh sekumpulan pelajar nakal yang mengusik-usik mereka berdua malah Hanum sempat disindir oleh mereka bahawa Hanum itu memakai pakaian yang jelik di kepala dan dituduh membawa bom bersama-samanya. Lalu biarawati itu mengusir pelajar-pelajar tersebut dan mengancam untuk memukul mereka dengan payung yang dibawanya. Dari babak ini aku memahami bahawa tidak semua yang bukan Islam di bumi Amerika itu membencikan Islam atau mendiskriminasikan orang Islam malah mereka saling bantu-membantu dan menjaga antara satu sama lain. Seharusnya orang yang faham agama harus bertindak sebegitu. Maka timbullah satu persoalan dalam diriku,habis tu orang bukan Islam yang sangat anti dengan Islam ni dia orang agama apa? Kristian? Hindu? atau Ateis? atau bukanlah seorang penganut agama yang baik?
Aghhh terlalu banyak mesej yang tersirat yang cuba disampaikan oleh sutradara RizalMantrovani ini. tak dapat nak rungkaikan kat sini. aku rasa setiap babak berjaya diolah dengan baik dari cerita sebenar yang dialami sendiri oleh Rangga Almahendra dan Hanum Rais di alam nyata.
Lepas ni tak sabar nak tunggu filem yang seterusnya. Hahaha
Semoga bertemu lagi selepas ini.
Wassalam.
Dari meja tulis P5 233,
FITRAH








Tiada ulasan:
Catat Ulasan